Ads 468x60px

Monday 2 April 2012

Selamat Bertugas kepada En Muhamad Abdullah .......

Mac 2012, Selamatr bertugas di tempat baru kepada Mantan GB SK Bukit Panau. Tahniah juga kerana dinaikkan pangkat ke PPD Tanah Merah sebagai Penyelia Pembangunan PPD Tanah Merah. Semoga dengan tugas baru akan lebih cemerlang. TahniaH!





Selama 7 bulan di SKBP, itu yang termampu kita raih dan maaf juga kira selama 7 bulan kami warga SKBP sudah terbuat silap dan membuat silap dngan Bos ....TQVM

Tuesday 20 March 2012

Taklimat Pengurusan HEM JPN Kelantan


Saturday 14 January 2012

Sekitar Lawatan "Batchmark" SK Sungai Pusu....

14/01/2012, Sabtu. Kami warga SK Bukit Panau dengan penuh ikhlas menerima kunjungan rombongan dari SK Sungai Pusu, Gombak ke sekolah kami di Tanah Merah. Kami bersedia dari pukul 8.00 am dengan seadanya. Tepat jam 9.00 am, sebagaimana yang dijanjikan bas yang membawa rombongan tiba ke perkarangan SK Bukit Panau. Selamat datang ke SK Bukit Panau...

Rombongan 40 orang, 8 daripadanya anggota PIBG yang diketuai YDP mereka Pn. Hjh. Haraza bt Hj Abd Rahman bersekali dengan Guru Besar Sk Sungai Pusu, Pn. Hjh Ngaedah bt Sallleh. Ketibaan rombongan disambut oleh Guru Besar SK Bukit Panau, En. Muhammad b Abdullah dan semua warga SK Bukit Panau.

Kelihatan GB SK Bukit Panau, En. Muhammad b Abdullah mengiringi GB SK Sungai Pusu, Pn. Hjh Ngaedah bt Salleh ke bilik mesyuarat SK Bukit Panau.

Rasminya pertemuan rombongan SK Sungai Pusu dengan Warga SK Bukit Panau berlaku dengan santai di dalam Bilik Mesyuarat SK Bukit Panau. Dimulai dengan ucapan alu-aluan GB SKBP dan ucapan GB SKSP.
Seterusnya rombongan diberikan taklimat oleh
PK HEM SK Bukit Panau, En Zahari Ismail dengan bantuan tayangan persembahan slaid. Setelah itu SK Sungai Pusu, diwakili oleh Setiausaha Perhubunganya, En. Saidi memberi penerangan yang serupa. Majlis saling bertukar-tukar pandangan dan disudahi dengan peertukaran cenderahati. Alhamdulillah segala berlaku sebagaimana yang dirancangkan oleh kedua-dua buah sekolah.


Kedua-dua keluarga dua buah sekolah sedang asyik berbincang dan bertukar-tukar pandangan ke arah kecemerlangan sekolah.




Kedua-dua GB saling bertukar cenderahati tanda bermulanya silaturrahim kedua-dua buah sekolah.
Semoga besar manfaatnya.





Seterunyanya rombongan SK Sungai Pusu dibawa oleh warga SK Bukit Panau meninjau persekitaran SK Bukit Panau. Melihat hijaunya Taman Herba Lestari, Rapi dan penuh info Balai Ilmu dan beberapa tempat strategik yang mewujud suasana kondusif untuk murid-murid belajar.





PK HEM sedang memberi penerangan tentang Balai Ilmu.....rombongan tekun mendengarnya!


Warga Perempuan berbaris siap sedia menerima kunjungan rombongan SK Sungai Pusu. Merah semuanya.....







Rombongan seterusnya berkumpulan di pentas Dewan Syaidina Omar, SKBP untuk sesi bergambar.
Tidak semua dapat bergambar bersama....!




Seterusnya rombongan diraikan dengan jamuan nasi dagang kelantan. Harapan warga SKBP, terimalah seadanya. Hanya itu yang termampu.....

Tuesday 10 January 2012

Budaya SKBP

Tahun 2012
Unit Hal Ehwal Murid(HEM) sekali lagi mengemaskini budaya sekolah yang perlu diterap dan dipupukkan kepada murid-murid SK Bukit Panau.
Add caption

Pertama, BUDAYA SALAM
Kedua, BUDAYA SENYAP
Ketiga, BUDAYA BERBARIS
Empat, BUDAYA BERDOA

Kempat-empat budaya ini memerlukan komitmen semua warga SKBP untuk melekat ke dalam jiwa semua murid-murid SK Bukit Panau. Peringkat pelaksanaan ini, Unit HEM memerlukan satu panduan khusus yang perlu dibangunkan dan akan menjadi rujukan untuk semua yang terlibat. Apapun warga SKBP perlu berdoa agar semuanya berjalan lancar.

Thursday 5 January 2012

Januari 2012

Langkah pertama Laman HEM SKBP, dilahirkan untuk memenuhi tuntutan dunia pendidikan yang semakin canggih dan mencabar ini. Cabaran NKRA mengetus pentadbiran HEM SKBP untuk turut bersama menggalas tugas, mendokong visi dan misi KPM,JPN, JPN dan SKBP sendiri untuk mencapai tahap dan taraf pendidikan yang dikehendaki oleh negara tercinta kita MALAYSIA.

Laman HEM SKBP ini, yang bertapakkan blog percuma diharap dapat memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar, pendidik skbp, murid-murid skbp dan pelayar umum dalam lautan internat ini. Biarpun sedikit sumbangan, tapi biarlah ia akan menjadi asas untuk Laman HEM SKBP terus menjadi sebahagian daripada ladang maklumat untuk mereka yang terlibat dengan dunia pendidikan.

Laman HEM SKBP juga mengharapkan sumbangan, cadangan dan apa saja yang berguna dan berharga dalam dunia pendidikan, demi satu harapan, satu tujuan, dan satu gerakan ke arah merealisasikan agenda pendidikan negara MALAYSIA.