Ads 468x60px

Saturday 14 January 2012

Sekitar Lawatan "Batchmark" SK Sungai Pusu....

14/01/2012, Sabtu. Kami warga SK Bukit Panau dengan penuh ikhlas menerima kunjungan rombongan dari SK Sungai Pusu, Gombak ke sekolah kami di Tanah Merah. Kami bersedia dari pukul 8.00 am dengan seadanya. Tepat jam 9.00 am, sebagaimana yang dijanjikan bas yang membawa rombongan tiba ke perkarangan SK Bukit Panau. Selamat datang ke SK Bukit Panau...

Rombongan 40 orang, 8 daripadanya anggota PIBG yang diketuai YDP mereka Pn. Hjh. Haraza bt Hj Abd Rahman bersekali dengan Guru Besar Sk Sungai Pusu, Pn. Hjh Ngaedah bt Sallleh. Ketibaan rombongan disambut oleh Guru Besar SK Bukit Panau, En. Muhammad b Abdullah dan semua warga SK Bukit Panau.

Kelihatan GB SK Bukit Panau, En. Muhammad b Abdullah mengiringi GB SK Sungai Pusu, Pn. Hjh Ngaedah bt Salleh ke bilik mesyuarat SK Bukit Panau.

Rasminya pertemuan rombongan SK Sungai Pusu dengan Warga SK Bukit Panau berlaku dengan santai di dalam Bilik Mesyuarat SK Bukit Panau. Dimulai dengan ucapan alu-aluan GB SKBP dan ucapan GB SKSP.
Seterusnya rombongan diberikan taklimat oleh
PK HEM SK Bukit Panau, En Zahari Ismail dengan bantuan tayangan persembahan slaid. Setelah itu SK Sungai Pusu, diwakili oleh Setiausaha Perhubunganya, En. Saidi memberi penerangan yang serupa. Majlis saling bertukar-tukar pandangan dan disudahi dengan peertukaran cenderahati. Alhamdulillah segala berlaku sebagaimana yang dirancangkan oleh kedua-dua buah sekolah.


Kedua-dua keluarga dua buah sekolah sedang asyik berbincang dan bertukar-tukar pandangan ke arah kecemerlangan sekolah.




Kedua-dua GB saling bertukar cenderahati tanda bermulanya silaturrahim kedua-dua buah sekolah.
Semoga besar manfaatnya.





Seterunyanya rombongan SK Sungai Pusu dibawa oleh warga SK Bukit Panau meninjau persekitaran SK Bukit Panau. Melihat hijaunya Taman Herba Lestari, Rapi dan penuh info Balai Ilmu dan beberapa tempat strategik yang mewujud suasana kondusif untuk murid-murid belajar.





PK HEM sedang memberi penerangan tentang Balai Ilmu.....rombongan tekun mendengarnya!


Warga Perempuan berbaris siap sedia menerima kunjungan rombongan SK Sungai Pusu. Merah semuanya.....







Rombongan seterusnya berkumpulan di pentas Dewan Syaidina Omar, SKBP untuk sesi bergambar.
Tidak semua dapat bergambar bersama....!




Seterusnya rombongan diraikan dengan jamuan nasi dagang kelantan. Harapan warga SKBP, terimalah seadanya. Hanya itu yang termampu.....

0 comments:

Post a Comment