Ads 468x60px

Sunday 3 February 2013

SK Bukit Panau 2013.....

2013.....Selamat datang! SK Bukit Panau masih gah dipersada sekolah dalam PPD TM. 2013, sekali lagi dicalonkan untuk Anugerah "New Deals" untu Guru Besar. Kali ke 3 bukan lah satu perkara mudah. Tapi dengan keputusan UPSR yang masih ditahap cemerlang, SK Bukit Panau dicalaonkan lagi utnuk Anugerah Baiah ini. Biarpun sejarah membuktikan SK Bukit Panau menerima setiap kali anugerah ini dengan Guru Besar yang berlainan. Ini tandanya, guru-guru SK Bukit Panau adalah guru yang terbaik! Siapapun Guru Besar, SK Bukit Panau tetap dicalonkan untuk kali ketiga berturut-turut untuk anugerah yang hebat ini.  Tahniah guru-guru SK Bukit Panau. Biarpun ada yang perasan atau tak perasan kedaan ini, S Bukit Panau tetap mencatat sejarah. Kenapa? Kerana tidak banyak sekolah yang berjaya mempertahankan anugerah ini tiga tahun berturut-turut dengn pemimpin atasan yang berlainan.
   
Untuk kali ini, SK Bukit Panau berbekalkan GPS UPSR 1.47 dan peratus kelulusan 97 % lebih dan SKPM 94%, Jemaah Nazir hadir ke sekolah untuk membuat "verification" segala maklumat yang di'keep in' dalam SKPM. Jelasnya 3 nazir yang hadir berpuas hati. Kiranya 2013 berjaya, tahniah semua warga SK Bukit Panau. Tahniah!

Unit HEM SK Bukit Panau.



0 comments:

Post a Comment