Ads 468x60px

Thursday 5 January 2012

Januari 2012

Langkah pertama Laman HEM SKBP, dilahirkan untuk memenuhi tuntutan dunia pendidikan yang semakin canggih dan mencabar ini. Cabaran NKRA mengetus pentadbiran HEM SKBP untuk turut bersama menggalas tugas, mendokong visi dan misi KPM,JPN, JPN dan SKBP sendiri untuk mencapai tahap dan taraf pendidikan yang dikehendaki oleh negara tercinta kita MALAYSIA.

Laman HEM SKBP ini, yang bertapakkan blog percuma diharap dapat memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar, pendidik skbp, murid-murid skbp dan pelayar umum dalam lautan internat ini. Biarpun sedikit sumbangan, tapi biarlah ia akan menjadi asas untuk Laman HEM SKBP terus menjadi sebahagian daripada ladang maklumat untuk mereka yang terlibat dengan dunia pendidikan.

Laman HEM SKBP juga mengharapkan sumbangan, cadangan dan apa saja yang berguna dan berharga dalam dunia pendidikan, demi satu harapan, satu tujuan, dan satu gerakan ke arah merealisasikan agenda pendidikan negara MALAYSIA.

2 comments:

UMIAIN said...

semoaga terus cemerlang ...

Laman HEM SKBP said...

tq Umi...

Post a Comment